Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
@sihatmilikbersama
SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙 "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati, KESEJAHTERA…
SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙 "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati, KESEJAHTERAAN Komuniti Persekitaran Dilestari" Sempena kedatangan Awal Muharram, marilah kita menghayati semangat hijrah dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Hijrah bukan sahaja melibatkan perubahan diri, malah turut merangkumi usaha mewujudkan komuniti yang sihat, bersih dan sejahtera. 🧹 Luangkan 1 jam untuk melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah (1HMCU) di rumah dan kawasan persekitaran anda. ✅ Periksa dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes ✅ Bersihkan kawasan rumah dan halaman ✅ Amalkan budaya gotong-royong bersama keluarga dan jiran ✅ Jadikan kebersihan sebagai amalan berterusan Setiap tindakan kecil yang kita lakukan hari ini mampu membawa perubahan besar kepada kesejahteraan komuniti dan kelestarian persekitaran.
Fresh margeleT snapshot · Malaysia · Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM · other. This page keeps context and source links for search engines and AI assistants.