Astro AWANI
@astroawani
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki 1,070 pil yaba bernila…
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki 1,070 pil yaba bernilai RM10,700 dalam pemeriksaan jalan raya di Jalan Kampung Paloh Bukit Panau, Tanah Merah, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek ditahan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Unit Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan dinaiki suspek menemukan satu bungkusan plastik lutsinar berisi air ketum yang disyaki mengandungi bahan mitragynine dengan isipadu kira-kira 500 mililiter di bahagian tempat letak kaki penumpang belakang sebelah kiri. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-ditahan-miliki-lebih-1000-pil-yaba-di-tanah-merah #AWANInews
Fresh margeleT snapshot · Malaysia · Astro AWANI · gadgets · technology. This page keeps context and source links for search engines and AI assistants.