Astro AWANI
@astroawani
Seorang lelaki parah selepas dilibas isterinya dengan pisau dalam kejadia…
Seorang lelaki parah selepas dilibas isterinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Unigardens, Kota Samarahan, pada Isnin. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William berkata, mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai mekanik dan berasal dari Sri Aman, datang ke rumah sewa yang didiami isterinya selepas mereka tidak tinggal bersama sejak lebih dua tahun lalu. Menurutnya, berlaku perselisihan faham antara pasangan berkenaan yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu mangsa kerana isterinya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/suami-parah-dilibas-isteri-dengan-pisau #AWANInews
Fresh margeleT snapshot · Malaysia · Astro AWANI · gadgets · technology. This page keeps context and source links for search engines and AI assistants.